Tuesday, June 20, 2017

Selamat Hari Raya Aidiltri

Minggu ni minggu last puasa. Jadi amacam preparation korang? Maksud aku, preparation Lailatul Qadar korang. Bukan preparation raya. Huhuhu... Esok aku dah start cuti. Tahun ni turn balik Kelantan. So biasa nyer kalau balik Kelantan, memang aku akan balik awal sket sebab tak nak "sangkut" dalam kesesakan lalu lintas. Kalau anak aku dah sekolah nanti, mungkin time tu nak tak nak, kena menyumbang kepada kesesakan jugak la. So sementara tunggu yang itu, kita balik awal je la. Hehehe...




So, since Ahad ni pun dah Hari Raya (aku pun tak tau bila next post aku), aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin. Kepada yang kena drive jauh2 balik kampung, make sure check kereta korang supaya berada dalam keadaan tip top. Mana yang blom servis tu, gi la servis cepat2. Dan yang paling penting, drive hati2 dan jangan gelojoh ketika memandu. Ingatlah orang tersayang (dah macam iklan pulak).




Saturday, June 17, 2017

Gunting Rambut dan Masalah

Benda ni pernah jadi kat korang tak?
I mean guys la.




Pergi kedai gunting rambut.

"Potong rambut sikit je ye".

Bangla tu pi potong rambut aku sampai tinggal sikit.


Korang pernah experience benda yang sama tak?


Thursday, June 15, 2017

Raya Promotion 2017 by Rexylla

Sebelum aku terlupa, better aku up sket pasal promotion sempena Hari Raya Aidilfitri daripada Rexylla. Korang boleh stalk diorang punya Facebook page and Instagram (ID Rexylla). Kalau malas, kat sidebar kiri blog aku ada page Rexylla. Scroll terus kat situ untuk new update.


rexylla, raya promotion


Ada promosi sampai 50%. Nak tau apa dia, boleh PM terus Rexylla. Tak pun WhatsApp terus tanya. Mana berkenan tu, grab terus sementara masih ada stok. Jangan cakap abang tak payung pulak. Hahaha...



Sunday, June 11, 2017

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Hari ni dah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Rasa nyer belum terlambat kalau aku nak wish selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa untuk tahun ni. Lagi separuh bulan je untuk kita kumpul pahala banyak2 dalam bulan yang mulia ni.


ramadhan, puasa


So macam mana puasa korang tahun ni? Aku? Alhamdulillah. Belum ada yang tertinggal. Hahaha... Daripada 15 hari berpuasa (tak termasuk hari ni), baru 3 kali aku pergi Bazaar Ramadhan. Tu pun kalau ikutkan, 2 tu tak patut kira sebab terpaksa. Satu sebab Khamis lepas, habis keje aku terus balik Kuala Kangsar. Nak tak nak kena singgah beli kuih untuk berbuka dalam kereta. Malas nak singgah RnR sebab confirm penuh. Satu lagi sebab balik Kuala kejap je, jadi hari Jumaat beli makanan kat bazaar je. Sabtu pagi gerak balik Kulim. 

Jadi yang sebenar2 nyer aku gi bazaar sebab nak pergi bazaar cuma sekali je. Big improvement tu. Jimat banyak duit dan mengelakkan pembaziran akibat rambang mata tengok makanan. Plus tahun ni aku rasa macam daya tarikan nak pergi bazaar tu dah kurang. Mungkin faktor usia kot. Huhuhu...

Korang lak macam mana? Banyak gi bazaar ke atau korang@pasangan korang memasak kat rumah je? Cer citer...


Saturday, April 29, 2017

Jawapan Teka-Teki

Soalan teka-teki yang aku bagi sebelum ni.
2 bulan baru nak muncul jawapan.
Hahaha...




Nak tau jawapan dia?




Tahniah la sape yang jawab btol tu.
Korang memang power.


p/s: faiz tanya, bila teka-teki seterusnya. aku jawab, 2 bulan lagi (tu pun kalau ingat). hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...